Memori terindah percutian ke Bali 2 - 5 Julai 2008

 

Welcome To Bali. Setibanya di Airport Bali 8pm, 2 Julai 2008.

Tanda puas+penat pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Indonesia. Flight 3 jam. Fuhh...si Balqis practice jadi pramugari, sibuk jalan ke depan+belakang dalam Air Asia.

 

Belakang saya tu Gunung Berapi yang masih aktif (namanya tak ingat). Kali terakhir meletus pada 1994. Masih terdapat bekas larva berwarna hitam.



Sangat sejuk di kawasan pergunungan ini. Lebih kurang macam di Genting Highland. Tu tengah menggigil sejuk, tak bawa sweater.

 

Di Bali juga terdapat Planet Hollywood. Aktor Hollywood biasa buat pengambaran di Bali.

Tempat shopping yang tak mampu nak shopping. Harga mahal oooii, guna usd. Mana nak bawa duit tuh. Window shopping je la.

 

Keindahan, kepanasan, kenyamanan, kebahayaan Pantai Kuta, Bali.

Sesuai untuk water ski, ombak dia memang kuat. Tak berani nak berenang.

 

Hasil tenun tangan batik asli Indonesia. Harga boleh tahan. Kualiti pun bagus.

Nak ambil satu, tapi tak jadi sebab coraknya memang keIndonan. Segan pulak nak pakai nanti di Cop Wong Indon.

 

Nak tengok sunset di Tanah Lot. Tengok tu si Balqis tergamam nampak ular sawa batik Indonesia. eee..kalau belit habislah..

Ni ambil gambar curi. Jika nak posing dekat-dekat, kenalah bayar 50 ribu rupiah. Tekanlah kalkulator kira...

 

Kuta Lagoon Hotel. Taraf 3 bintang, jika buka pintu terus nampak pool. Dah nampak air, memang suka si Balqis.

Buka pintu terus terjun. Masuk bilik basah lantai. Balqis pandang je pool tuh..

Pakej makanan muslim Jawa. Tak habis makan wooo. Sorang 1 dulang..

 

Tempat paling sesuai untuk borang borong T-Shirt Bali. Big Sale, murah murah..Memang puas hati membeli.

Kenalah borong bagi orang kampung. Cantik, banyak saiz. Kelabu mata nak pilih. Tula nextime nak pergi kena senyap-senyap. hehe..

 

Pakej shopping ke Bandung + Jakarta 6 - 9 Ogos 2008

Naik flight France KLM. Besar, dapat makan sedap tapi pramugari dia semua vateran. 40th above. Waduh..tapi memang frendly.

Famous Balqis, asyik diusik oleh maktok, nenek berbaju biru, berambut perang. Siap speaking lagi.

 

Tiba di Airport Jakarta. Flight 2 jam, tak puas. Makanan dalam flight sedap.

Sorry kawan, baju sama macam ke Bali. hehe..saya memang minat pakai baju tu. Dah sampai Jakarta, kena transit ke Bandung. Waduhh..3 jam dalam bas. Hotel Nalendra kat sana.

 

Rumah Mode Factory Outlet di Bandung yang mesti anda pergi. Barang murah-murah dan berkualiti.

Macam-macam ada. Tak puas 3 jam shopping (hehe bukan saya tau, my madam). Saya berkepit dengan anak je. Bagi can kat pompuan.

 

Hah, ini tempat yang wajib pergi bila sampai di Bandung. Pasar Baru. Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar barang semua ada. Dan yang paling best harga jauh lebih murah daripada Malaysia.

Memang sesak, sendat, semak dengan manusia. Walaupun hari Khamis. Alamak tengok mamat Indon tu, pakai baju Bali. Cuba cari dimana saya?

Di Jakarta pula, jangan lepaskan peluang ke ITC Cempaka Mas dan Mangga Dua. Tempat shopping paling marvelous. Semua barang ada dengan harga yang sangat murah! Happening..best..

 

Destinasi Lunch kami. Antara restoran Muslim yang terkenal di Bandung. Makanan pun sedap juga. Sampai ke siku dijilatnya.

Ayam Pop...Gulai Kepala Kakap..Hah kena la buka kamus Indon jika nak tahu.

Kasut 50:50 kulit. Saya sambar satu. Harga 100,000 rupiah. Memang cantik, kreatif, berkilat buatan mereka. Balqis tersengeh, kasut untuk dia takda saiz.

Nafsu tertewas dengan harga + buatan mereka. Anda cuba kira 100,000 rupiah bersamaan??

 

Sebelah saya tu, gunung berapi yang real. Bau hangit, rasa bahang dia. Nampak asap keluar daripada batu. Tak sah kalau tak datang kesini. Negara yang paling banyak gunung berapi masih aktif.

Setelah dijamin selamat, maka saya berani bergambar. Gementar juga. Marvelous experience.

 

Memori bermakna di Pulau Phuket 12 - 16 Ogos 2008

Sawadikap. Orang Thai memang suka dengan ungkapan ini. Kemana-mana memang sawadikap...

Air Asia yang dibanggakan. Suka hati diorang delay flight. Sepatutnya depart 3pm, 8.30 baru gerak. So sampai malam kat sana. Naik teksi kena la tekan. Kosong star untukmu Air Asia.

 

Club Andaman Beach Resort, 4 star Hotel. 3,000 baht bilik paling murah kat sini. Fuh..memang mahal kos hidup kat sini. Berlobang poket wallet.

4 star hotel kat Phuket, sama taraf 5 star hotel di Malaysia. Tak percaya boleh tengok website.

 

Hotel Burasari. 4 star. Bilik tepi pool. 5000 baht. Hmm..cubalah kira berapa duit Malaysia. Memang kerja gila namanya ni.

Sampai je bilik, si Balqis tukar uniform tunjuk pool. Kenalah layan.zasss..

 
 

Ini Tuk-Tuk. Dalam filem Ong Bak diorang ada tunjuk. Mak oi, punyalah laju mereka bawa. Sebelah tu pantai Phuket bersebelahan dengan hotel.

Harga minyak naik, maka kos naik Tuk-Tuk pun tinggi. Maka kami memilih Tak-Tak jadilah naik. Labih puas jalan kaki, sambil hirup udara pantai.

 

Penyu yang sporting. Sempat dia bergambar sebelum sampai port nak bertelur. hehe..Belakang tu pantai.

Bukan senang nak panggil penyu mendarat.

 

Ukiran Thailand yang unik dan cantik. Malam yang indah di Phuket.

Masa di Thailand lambat 1 jam daripada Malaysia. Tengok tu, Balqis tengok sape. Ada orang nak mengurat le tu.

 
 

Malam yang happening di Phuket. Sama macam di Uptown + Bangsar. Fuh..paling menakutkan maknyah berkeliaran buat show. Sebijik macam pompuan. Thai terkenal dengan plastic surgery.

Dimakah Master Yus Malaysia?

 

Pemandangan di Pantai Phuket. Sangat panas terik. Musim tak hujan. Jika tak pakai losyen, confirm kena sunburn + makin coklat berkilat.

Ombak kuat, sama macam di Bali. Sesuai untuk pelancong je lah.

 

Tempat perhiasan + barang kemas. Hmm..mahal. Duit tak cukup nak borong.

Bergambar je lah. Phuket bukan tempat sesuai untuk shopping.

 
 

Tak sah jika tak rasa Tom Yam Seafood Thai di tepi pantai. Waduh..mahal maa..300 baht = RM30 semangkok. Udang + Sotong + Ketam + Ikan + Ayam = Tomyam Seafood.

Sedap, pedas berapi, cukup rasa, lazat, puas dan sengkek poket.

 
 

Selain Tom Yam, pekena nasi goreng di Restoran Dubai. Susah nak cari makanan halal. Hanya di Restoran Arab.

Sepinggan nasi goreng 200 baht = RM 20. Air mineral 20 baht = RM2. Sangat mahal. Fuyoo..kat Malaysia boleh makan besar tu..

 
 

Bawa bini kedua, tapi tak dapat coverage. Phuket memang kedekut. Star Bucks pun kene bayar jika nak online. Huhu..sedey..

Buat simpan gambar je la. Lenguh bahu memikul kesana sini.

 

Terbaru! Pakej Medan+Danau Toba 24 - 27 Februari 2009

Pertama kali naik penerbangan komuniti Fire Fly di Subang Airport.

Flight ni rendah je, tapi agak menakutkan bila nak start naik. Memang terasa momentum semasa naik ke udara. Agak menakutkan juga.

 

Tak ramai dalam flight ni. So suka hati bole duduk mana-mana.

Sit pun tak lah luas sangat. Apa yang best dapat muffin & Juice Oren. Pramugari pun 2 orang jer. Comey-comey blake.

 

Setibanya di Airport Medan. Keterujaan dan kegembiraan jelas terpancar.

Sampai je akan dijemput. Tapi hati-hati dengan pembantu yang tak diundang. Mereka ni tukang collect Tip. Tanpa disuruh, mereka akan bawakan beg kita dan tak malu akan minta upah.

 

Pemandangan dari hotel hari pertama. Danau Toba International Cottage, di Parapat Lake Toba.

Sangat sejuk. Bilik tak perlu aircond. Nak mandi pun menggigil. Kami terlupa bawa sweater.

 

Tasik terbesar di Asia Tenggara. Kira-kira 400++ km keluasannya jika saya tak silap la. Fuh..memang mengancam pemandangannya.

Jangan tak tahu, airnya tawar bukan air masin. Mengikut sejarah mereka, pernah muncul Naga dari dasar tasik ini. Tapi sekarang dah takde la.

 

Breakfast di puncak bukit yang sungguh nyaman dan segar.

Tak ada orang berani mandi pool ni. Saya pegang airnya pun menggigil macam air batu. Punyalah sejuk.

 

Untung si montel Marissa, baru 3 bulan dah sampai di Medan. Siap dapat souvenir lagi.

Di perkampungan Kaum Batak iaitu Tomok (tiada kaitan dengan vokalis Newboys ya). Mengikut sejarah, kaum Batak ni makan orang. Eii seram juga.

 

Di Air Terjun Piso Piso. Memang amazing pemandangan disini. Saya sungguh terkejut dan teruja.

Air terjun yang keluar daripada lubang bawah tanah. Memang menakjubkan kerana biasanya air terjun jatuh daripada gunung atau bukit tetapi ini dari dalam tanah. Sungguh hebat ciptaan Allah.

 

Penginapan di malam kedua kami. Danau Toba International Cottage Brastagi. Sini lagi sejuk. Dikelilingi oleh gunung ganang.

Reka bentuk yang unik. Kami memang puas hati dengan fasiliti hotel ini. Suasana sungguh nyaman dan segar. Suka si Balqis, pagi-pagi dia dah start main kat luar. Sejukkk katanya..

 

Ni pula, outlet yang sememangnya murah-murah dan pakaian yang berjenama. Saya pun hairan awat mereka jual murah sangat.

Anda boleh bayangkan, pakaian ratusan ringgit di Malaysia, disini mereka jual dalam 20-50 ringgit sahaja. Penuh beg wife saya borong. Nak ambil gambar di dalam mereka tak bagi. "Ngak boleh diambil picture nya pak".

 

Makanan Padang ala kampung. Sungguh menyelerakan dan umphhh.. Yang paling best, ikan & ayam percik dia..waallaaa..

Si Balqis pun sungguh berselera. Habis nasi dia. Saya rasa jika seminggu dok sana, confirm montel saya. Sambal dia memang terangkat. Anda perlu datang sendiri dan rasa keenakannya.

 

Jeans pun murah-murah dan berkualiti. Anda boleh bahagikan Rp 99,000 dengan 3,100. So jawapannya itu adalah harga dalam RM.

Saya tak minat sangat seluar jeans. So tak la nak sambar pun. Baju okla.

 

Pakaian batik Asli Indon. Memang unik dan buatan asli dari mereka.

Wife saya sangat teruja mengenakan kebaya Indon. Ala-ala mak datin, memang cun design mereka.

 

Apa yang anda dapat perhatikan di gambar ini?

Ya, saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Petronas juga ada di Indonesia.

 

Cukuplah saya kongsikan sebahagian memori yang tidak akan dilupakan merasai suasana indah di negara orang. Banyak yang telah saya dapat dan pelajari daripada budaya mereka. Memang mengagumkan!

Hai kawan, anda pula bila lagi? Boleh kita bertukar cerita ya!

Kembali ke Seminartuisyen.Com